Apple sudahpun memperkenalkan barisan siri iPhone 13 dengan beberapa pembaharuan terbaru. Antara perkara yang menjadi tumpuan pengguna sudah pastinya di bahagian kamera kerana dikatakan sudah menerima perubahan besar pada sistem kamera tersebut.

Pasti ramai yang ingin mengetahui keupayaan kamera iPhone siri kali ini dengan jenama-jenama lain. Seperti biasa, laman DxoMark telah berkongsi laporan mereka mengenai prestasi kamera utama model iPhone 13 Pro. Secara keseluruhannya, iPhone 13 Pro berjaya menerima pemarkahan sebanyak 137 mata.

iphone 13
Sumber Gambar: DxoMark

Hasil dapatan ujian yang dijalankan untuk kamera didapati prestasi kamera utama telah berjaya mendapat markah sebanyak 144 mata, manakala prestasi zum pula menerima 76 mata dan pemarkahan sebanyak 119 mata telah diberikan untuk prestasi video.

Hal ini sekaligus telah meletakkan kedudukan iPhone 13 Pro di belakang Huawei Mate 40 Pro dengan kutipan mata sebanyak 137 di tempat keempat. Sementara Huawei P50 Pro masih kekal di tempat pertama dengan jumlah permarkahan keseluruhan sebanyak 144 mata kemudian diikuti Xiaomi 11 Ultra dengan 143 mata dan Huawei Mate 40 Pro+ sebanyak 139 mata.

Sumber Gambar: Apple

Dikhabarkan prestasi kamera iPhone 13 Pro dilihat seperti sama dengan model sebelum ini iaitu iPhone 12 Pro namun terdapat beberapa aspek yang ditambah baik.

Antara penambah baikan yang boleh dilihat adalah warna dan kontras serta perincian yang ditampilkan lebih baik pada tangkapan gambar potret. Tambahan pula, kualiti gambar yang ditangkap pada dengan baik dalam sebarang keadaan cahaya juga telah menerima pujian.

Sumber Gambar: iMore

Akan tetapi, masih terdapat kelemahan untuk mendapatkan perincian kualiti gambar mahupun video yang baik terutamanya sewaktu menggunakan zum. Di samping itu, terdapat sesetengah keadaan dimana ianya boleh menyebabkan kehilangan tekstur pada wajah di dalam video tersebut.

Dalam pada itu, peranti ini sememangnya sesuai buat pengguna yang mahukan mendapatkan kualiti imej dan video yang baik dalam menghasilkan konten.

Tahukah anda gambar dan video pengguna iPhone Malaysia sering tersenarai di laman instagram rasmi Apple. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Unik Dan Kreatif, Gambar Lelaki Ini Di Pahang Berjaya Tersenarai Di Instagram Apple

Giliran Gambar Pokok Kelapa Di Terengganu Pula Jadi Pilihan Instagram Apple

Sumber